Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Bunga Kantan


Asam pedas merupakan menu masakan Melayu yang wajib anda tahu untuk memasaknya. Lauk ini memang masyhur di Melaka dan Johor. Kebiasaan, masakan ini menggunakan ikan pari, ikan parang, ikan tenggiri dan lain-lain yang menjadi kegemaran ramai orang.

Resepi asam pedas tidak bergitu sukar. Untuk kegunaan cilinya pula, terpulang kepada tukang masak, ada yang menggunakan cili hidup, ada yang lebih suka chili boh sebab ia ringkas, dan ada juga gunakan cili kering.

Untuk menambah lagi kesedapan asam pedas ini, mereka akan juga tambahkan lada hitam dan bunga rojak. Jom Kami kongsikan resepi asam pedas dari koleksi air tangan puan Rosehayatie. Selamat Mencuba.

Kredit : Pn Rosehayatie, Dapur Berasap.


Bahan-bahan:
  • 4 Ekor Ikan Kembong Saiz Besar Dicuci dan Disiang
  • 12 Kacang Bendi
  • 2 Biji Tomato Dipotong Dadu
  • 1 Ikat Daun Kesom
  • 1 Kuntum Bunga Kantan
  • 1 Mangkuk Chilli Kisar
  • 2 Sudu Asam Jawa Adabi Dijadikan Air Asam Paste
  • Garam Secukup Rasa
  • Sedikit Gula
  • 1 Sudu Kecil Biji Sawi
  • Minyak Untuk Menumis

Bahan Kisar:
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 4 Biji Bawang Putih
  • 1 Inci Kunyit Hidup
  • 1 Inci Belacan

Cara-caranya:
  1. Kisar semua bahan kisar dengan sedikit air
  2. Panaskan minyak dikuali dan masukkan biji sawi
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naiki bau
  4. Masukkan chilli kisar dan kacau sebati
  5. Masukkan separuh gula dan daun kesom. Kacau
  6. Masukkan garam dan asam air jawa. Kacau dan biarkan ia mendidih
  7. Kacau rata dan bolehlah masukkan ikan kembong
  8. Masikkan bunga kantan dan daun kesom yang lagi setengah tadi 
  9. Mauukkan Bendi dan Tomato. Kacau sedikit dan biarkan ia mendidih
  10. Siap disajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments