Resepi Asam Pedas Melaka


Kalu kita cakap pasal masakan Melayu, terutama Asam Pedas Melaka, mesti ramai yang tahu dan ingin mencubanya. Terutama pengunjung daripada Singapura dan juda dari daerah Malaysia. Apabila anda naik memandu ke Kl dan lau lauan highway dan ketemu Melaka, pasti hidangan ini haruslah anda cuba dan memang yang selalu dicari pelanggan. Terdapat banyak restaurant-restaurant yang handal memasaknya, ada yang hidangkan Asam pedas ini didalam Claypot, dan ada juga diatas Buffet.

Di Singapura pula, Asam Pedas Claypot pula bole kita menikmatinya di Gimoh block 19. Anda bole cuba kunjungi kesana pada waktu tengah hari bersama keluarga ataupun teman-teman. Porsi hidangannya amat mencukupi dan rasanya sedap.

Versi  Resepi Asam Pedas Melaka ini (Tidak terlalu pekat ataupun cair) menggunakan Ikan Kerisi. Memang betul orang cakapya, bahawa masakan rumahlah yang kita selalu puas! Bersih, rempahnya tidak lokek dan bolehlah kita masaknya dengan ikut tekak kita sendiri. Nak pekat, kuah banyak dan sebagainya. Selamat mencuba! Jangan lupa jika Kakak disana yang sudah mencuba resepi ini, tolonglah komen sikit dibawah yer..terima kasih!

Kredit Putri Harum Zaskia

Bahan-bahan:
  • 5 ekor Ikan Kerisi disiang. dipotong dan ducuci
  • 7-8 sudu besar Chilli Boh atau chilli kering secukupnya
  • 5 helai Daun limau purut
  • 1 batang Serai dititik
  • Terong dibelah 
  • 1 Tomato dibelah 4
  • Segenggam Asam Jawa dikacau dengan air  membuat Air Assam
  • 3 labu Bawang Merah atau bawang kecil*
  • 4 ulas Bawang Putih*
  • Halia Muda/Tua sebesar ibu jari*
  • Kunyit hidup sbesar ibu jari atau kunyit serbuk*
  • Belacan secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto (optional)
  • Gula sedikit

Cara-caranya:
  1. Kisar bahan * kedalam blender sehingga halus
  2. Panaskan minyak dikuali da masukkan serai dan belacan. Masukkan bahan kisar dan chilli boh. Kacau dan tumis sehingga naik minyak
  3. Apabila tumisan sudah garing dan naik minyak, tuangkan air asam kedalamnya. Kacau rata. Biarkan sampai ia mendidih. 
  4. Seterusnya, masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  5. Masukkan Ikan Kerisi dan daun limau kadalamnya. Kacau perlahan
  6. Masukkan terong. Masukkan air asam sedikit lagi sekiranya anda inginkan kuah yang berlebihan. Kacau perlahan dan biarkan is mendidih
  7. Masukkan tomato tadi dan kacau perlahan
  8. Hidangkan dengkan nasi putih

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments