Resepi Asam Pedas Pari Melaka


Asam pedas merupakan menu masakan Melayu yang tersohor di Melaka dan Johor. Kebiasaan masakan ini menggunakan ikan pari, ikan parang, ikan tenggiri dan lain-lain yang menjadi kegemaran ramai orang.

Cara untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan.

 Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
Selamat Mencuba.

Kredit Resipe Puan Rosehayatie, Dapur Berasap

Bahan-bahan:
  • 5-6 Ketul Ikan Pari cuci, perapkan bersama limau kasturi selama 10 min, basuh, toskan dan dipotong
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 biji bawang shallot
  • 4 ulas bawang putih
  • 3/4 kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu teh halba
  • 1 mangkuk chilli kisar
  • 2 kuntum bunga kantan
  • segengam daun kesom
  • 6 helai daun limau purut
  • 12 biji bendi
  • 2 biji tomato dipotong 8
  • 2 sudu besar pes asam jawa dicampur sedikit air sekurang 1 mangkuk sederhana
  • Sedikit air
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:
  1. Kisar lumat bawang merah, shallot, bawang putih, kunyit, halia dan belacan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dikuali dan tumis halba hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan chilli kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan separuh daun kesum dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau.
  5. Masukkan ikan pari dan kacau hingga ia sebati dengan tumisan.
  6. Masukkan pes air asam jawa. Kacau.
  7. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
  8. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan limau purut. Biarkan ia mendidih.
  9. Seterusnya, masukkan bendi dan tomato, biarkan ia lembut dan boleh matikan api.
  10. Sedia untuk dihidang.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments