Resepi Ayam Goreng Berempah No.1



Resepi best yang wajib kita mencubanya. Ayam goreng berempah number 1. Persiapan dan bahan resepi ini boleh dikatakan mudah dan ringkas. Dengan serai yang dikisar bersama jintan dan ketumbar, memang harumlah bau wanginya apabila digoreng.


Ayam goreng berempah sedap kalau diratah dengan lontong dan hidangan lain. Cucuk untuk berbuka puasa atau hidangkan dihari keramaian. Resepi mudah dan berbaloi.

Harap komen setelah anda mengikuti resepi daripada NFBN CHANNEL. Jangan lupa subscribe website ini dan tinggalkan komen anda. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor Ayam sederhana dipotong mengikuti cara sendiri
  • 4 biji Bawang putih*
  • 2 Serai dihiris* 
  • 1 sudu besar Ketumbar*
  • 1/2 sudu besar Jintan*
  • 2 sudu besar serbuk Kari
  • 1 1/2 sudu besar serbuk Cili
  • 1 sudu besar Tepung jagung
  • 1 biji Telur
  • 2-3 tangkai Daun kari atau secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Sediakan potongan Ayam kedalam mangkuk besar
  2. Kisar bahan * didalam blender sampai hampir halus. 
  3. Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk Ayam
  4. Masukkan serbuk kari, serbuk chilli, tepung jaggung dan pecahkan telur kedalamnya
  5. Masukkan garam secukup rasa dan daun kari. Gaul sampai sebati
  6. Panaskan minyak didalam kuali
  7. Mula goreng ayam sedikit demi sedikit. Balekkan ayam supaya ayam masak dengan rata
  8. Apabila sudah matang dan warna keemasan, angkat ayam, tapis minyak dan sajikan

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments