Resepi Ayam goreng Lengkuas Berempah


Ayam yang enak, mudah dan lazat dimakan untuk party keramaiian dan sebagainya. Ini adalah resepi dan cara membuat ayam goreng lengkuas empuk, berempah bumbu meresap dan kremesnya garing serta bersih keemasan. rasanya enak πŸ˜‹. Ternyata Ayam goreng berempah ini memang sangatlah sedap dan bau harumnya bila digoreng ..

Tolong komen dan share resepi ini pada siapa yang ingin mencubanya Ayam cara Indonesia ini. Resepi Kredit Bersama Stfyani.

Bahan-bahan:
  • 1.5 ekor dagging ayam negeri
  • Air kelapa dari 1 butir kelap
  • 250g lengkuas
  • 1 butir telur ayam
  • 14 siung bawang putih dibelah dua
  • 5 siung bawang merah dibelah dua
  • 1/2 sdm ketumbar
  • 1 ruas kunyit
  • 2 ruas jahe
  • 1 sdm garam
  • 2 buah jeruk lemon / nipis
  • 3/4 - 1 sdm kaldu bubuk (Perisa ayam)
  • 15 lembar daun salam
  • 4 batang sereh
  • Daun pisang (optional)

Cara-caranya:
    1. Ayam dilumur dengan jus lemon dan 1/2 sudu garam. Gaul rata
    2. Masak kering tanpa minyak bawang merah, kunyit, jahe dan bawang putih sebelum diblender
    3. Angkat setelah ia layu dan masukkan kedalam blender
    4. Tambahkan ketumbar dan haluskan bumbu dengan chopper
    5. Masukkan bumbu tadi kedalam campuran ayam tadi dan gaul sebati (Jangan dibuang air ayam)
    6. Ketepikan dan perap sebentar.
    7. Seterusnya masukan lengkuas kedalam chopper dan blend hingga halus. Kemudian masukkan kedalam campuran
    8. Masukkan kaldu bubuk dan sedikit garam kedalam campuran ayam tadi. Gaul rata
    9. Masukkan air kelapa kedalam campuran
    10. Aturkan daun salam kedalam kuali (tanpa minyak). Kemudian serai yg telah dititik
    11. Aturkan semua ayam keatas daun salam dan serai. Taburkan sedikit lengkuas diatas ayam
    12. Masak dengan api yang sangat kecil selama 30-40 minit. Tutup dengan penutup ataupun dengan menggunakan daun pisang. Biar ia masak dan resap bumbunya
    13. Unkep dengan api yang sangat kecil. Ayam dibalek setelah beberapa minit
    14. Matikan api setelah 30-40 minit (jangan terlalu masak/hancur) dan angkat ayam. Buang daun salamnya
    15. Sejukan ayam. Bisa disimpan dahulu kedalam freezer untuk kemudian hari atau digoreng seterusnya
    16. Masukkan sisa bumbu lengkuas tadi kedalam magkuk bekas ayam yang berjus
    17. Tuangkan sisa air ayam kedalam mangkuk lengkuas tadi
    18. Panaskan minyak dikuali untuk menggoreng. Masukkan ayam dan mula goreng sampai coklat. Angkat dan tapis. Bersihkan kuali
    19. Pecahkan telur kedalam mangkuk lengkuas tadi. Dikacau rata
    20. Goreng ampas lengkuas dengan api yang kecil kedalam kuali sampai coklat. Angkat dan tapis minyak
    21. Setelah ditapis minyaknya, taburkan ampas gorengan lengkuas keatas ayam.
    22. Siap disajikan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    1 Comments

    πŸ™‹Salam! πŸ‘‰ Sila beri komen anda! Tolong Like πŸ‘ dan Share Blog kami!