Resepi Ayam Goreng Mamak Power

Resepi Ayam Goreng Mamak
Mereka yang sering santap dan me-ngeteh dikedai Mamak di waktu siang ataupon malam, mesti ada yang suka dengan Ayam Goreng Mamak..πŸ˜†πŸ₯³

Walaupon harganya agak berpatutan dan adakalanya juga yang dijual agak mahal, tetap juga ada peminat Ayam Goreng Mamak yang kemerah-merahan dan rangup ini.

menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng tidak bermakna anda boleh memasukkan ayam dengan jumlah banyak. Sepatutnya, goreng ayam secukupnya saja supaya ayamnya akan masak dengan matang dan menjadi garing lagi power

Kepada yang ingin mencuba untuk menyiapkan hidangan ini sendiri, mari kita cuba resepi dibawah ini. Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diguna.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor Ayam dipotong ikut suka
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
  • warna merah satu sudu teh (optional)

Bahan kisar:
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 6 tangkai chili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telor
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu makan lada putih

Caranya:
  1. Gaul dan perapkan ayam dengan bahan yang telah dikisar, tepung jagung dan tepung beras. warna merah dan daun kari. Masukan kedalam peti sejuk selama 1-2 jam atau lebih.
  2. Panaskan minyak kedalam kuali gorengan dan goreng ayam dengan api sederhana sampai masak.
  3. Angkat, saringkan minyaknya dan siap!
Kredit: Viral Media Johor

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments