Resepi Ayam Masak Kurma Kenduri



Dikatakan masakan ini sedap seperti hidangan kenduri kampung Malaysia. Wow, sedaplah kalau lauk Ayam berkuah ini dihidangkan diwaktu keramaiyan. Ayuh kita cuba resepi ini. Jika anda sudah mencuba masakan ini, komenlah dibawah. Jangan lupa suscribe tau!

"Hi Semua, kali ini Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, juga dipercayai hasil dari pengaruh masakan India; Cuma cara orang Melayu masak lain sikit lah. Ianya sangat berempah, tetapi warnanya agak pudar kerana tidak mempunyai serbuk cili di dalam campuran rempahnya. Che Nom akan tunjukkan cara-cara yang terperinci untuk sediakan hidangan klasik ni". - Che Nom

Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Setelah mendidih, matikan api dan sajikan. Ayam Masak Kurma akan menjadi pekat nanti apabila ia menjadi sejuk.

Resepi Kredit Che Nom

🖨️Print
Bahan-bahan Ayam Masak Kurma:

A: tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
B:bancuhan rempah
  • 1 pek rempah kurma (24g/3 sudu besar)
  • sedikit air
C: Bahan-bahan lain
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • daun kari
  • 1/2 ekor ayam potong 8
  • 1 batang karot buang kulit dan potong besar
  • 1 biji kentang buang kulit dan potong besar
  • 1 mangkuk kecil santan cair
  • 1 biji bawang besar dipotong 6
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1 biji tomato belah 4
  • 2 biji cili hijau dibelah 2
  • 2 biji cili merah dibelah 2
  • 3 biji cili padi dibuang tangkainya
  • garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa atau asam keping

Cara-caranya:
  1. Potong kasar bahan A dan tumbuk halus dengan batu lesung.
  2. Panaskan minyak disaucepan dan masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, dua tangkai daun kari dan bahan ditumbuk halus tadi. Kacau sehingga naik bau.
  3. Bancuh rempah kurma dengan sedikit air. Seterusnya masukkan bancuhan rempah kurma kedalam saucepan dan kacau hingga rempah kering dan pecah minyak..
  4. Seterusnya masukkan sedikit air dan kacau. Setelah kering lagi, tambah sedikit air lagi dan pastikan rempahnya naik minyak dan ulang 2-3 kali.
  5. Selepas naik minyak, masukkan ayam dan kacau. Masak ayam sehingga kecut dan keluar airnya.
  6. Setelah ayam agak kecut, masukkan karot dan kentang. Masukkan 1 mangkuk kecil santan cair.
  7. Masukkan bawang besar yang telah dipotong 6 tadi dan kacay perlahan dan rata.
  8. Apabila ayam, karot dan kentang sudah cukup empuk, masukkan 1 mangkuk kecil santan pekat (elakkan terlebih santan, anggaran 1 kotak kecil santan kara) dan kacau perlahan.
  9. Masukkan tomato, chiili besar dan chilli padi kedalam lauk kurma. Masukkan juga sedikit air asam jawa.
  10. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Setelah mendidih, matikan api dan sajikan. Ayam Masak Kurma akan menjadi pekat nanti apabila ia menjadi sejuk.

    English
    Ingredients:

    A: Fine pounded ingredients
    • 3 cloves of garlic
    • 3 shallots
    • 2 inches of ginger
    B: spice paste mix
    • 1 pack of kurma spices
    • a little water
    C: Other ingredients
    • 1 cinnamon stick
    • 2 star anise
    • 4 cardamom
    • 2 cloves
    • Curry leaves
    • 1/2 chicken
    • 1 carrot
    • 1 potato
    • 1 small bowl of light coconut milk
    • 1 large onion
    • 1 small bowl of concentrated coconut milk
    • 1 tomato
    • 2 green chillies
    • 2 red chillies
    • 3 bird eye chillies
    • salt to taste
    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments