Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api



Berikut adalah resepi Ayam Lemak dari Negeri Sembilan. Masakan ayam berkuah ini mudah dan memanglah best jikalau dimakan dengan nasi, timun dan sambal belacan. Mari kita teruskan dengan resepi ini.😆🥳

"Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api yang sangatlah sedap. Che Nom sangat beruntung kerana ada seorang follower yang ikhlas sudi berkongsi resepi yang asli dari Negeri Sembilan dan resepi ini sememangnya langsung tidak menggunakan bawang. Hidangan ni anggaran untuk 3-4 orang makan. Sila gandakan resepi kalau nak masak lebih".- Che Nom.

Hidangan ini sangat sedap apabila dihidangkan bersama nasi putih, ulam-ulaman, ikan masin dan sambal belacan

Resepi Kredit Che Nom

Bahan-bahan kisar kasar:
  • 15 biji cili api (boleh lebihkan kalau nak lagi pedas)
  • 2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan untuk masak lemak:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai, diketuk atau dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat

Cara-caranya:
      1. Kisar chilli api dalam 15 biji, dibuang tangkainya bersamaan 2 inci kunyit hidup, dikisar dengan sedikit air tetapi jangan sampai halus. Ketepikan kedalam mangkuk.
      2. Panaskan saucepan dan masak sebentar ayam tanpa menggunakan minyak. Golekkan ayam dam biar sampai kecut supaya ayam tidak berbau hanyir nanti.
      3. Masukkan serai yang telah diketuk dan bahan kisar tadi kedalam saucepan bersama ayam. Kacau rata. Setelah itu angkat ayam dan ketepikan dimangkuk. Masukkan daun kunyit dan deraikan kedalam saucepan.
      4. Masukkan 1 mangkuk santan segar kedalam saucepan yang berchilli tadi dan kacau rata.
      5. Setelah mendidih, masukkan ayam tadi dan kacau rata.
      6. Setelah kuah mendidih, masukkkan pula santan pekat, asam gelugur dan garam secukup rata. Kacau sehingga rata dengan api yang kecil. Kacau perlahan dengan kerap supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.
      7. Apabila sudah masak. Sajikan.

      →Like Me!
      Reactions

      Post a Comment

      0 Comments