Resepi Ayam Masak Merah | Ala Kenduri


Resepi Ayam Masak Merah ala Kenduri yang sangat sedap dan anda harus mencubanya. Kalau resepi ayam masak merah ni yer, memang banyak diinternet dan media sosial. Bermacamlah caranya. Tetapi yang penting kita ada niat yang baik. Dengan niat tulah yer masakan akan bertambah sedap.

Dengan rasanya pedas, masam dan sedikit kemanisan, hidangan ini juga sesuai untuk kanak-kanak. Di hari raya pula, hidangan ini sering kita menjumpanya hampir disetiap rumah selain daripada rendang dan lodeh. Ummp..bestnya hidangan Lebaran, semuanya sedap-sedap belaka.

Ok, sekarang kita mukakan masakan seterusnya.


Ayam Masak Merah | Ala Kenduri

Bahan-bahan dihiris dan dikisar halus:
  • 2 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 20 biji cili kering direndam terlebih dahulu (lebihkan jika anda suka pedas)
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah:
  • 1/2 biji bawang merah besar, hiris nipis untuk tumisan
  • minyak
  • 1 ekor ayam potong 10-12
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2-3 tangkai daun kari
  • gula melaka secukupnya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang, hiris membulat
  • hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah

Cara-caranya:
    1. Hiris dan blender semua bahan kisar sehingga halus. Ketepikan.
    2. Gaulkan Ayam denagn sedikit garam dan serbuk kunyit.
    3. Panaskan minyak dikuali dan goreng semua ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
    4. Gunakan semula minyak goreng ayam tadi dengan kurangkannya sedikit.
    5. Masukkan bawang besar hiris dan daun kari dan tumis sehingga naik aroma.
    6. Masukkan bahan kisar tadi, kacau perlahan dan tumis sehingga naik minyak.
    7. Masukkan gula melaka untuk lagi menyedapkan masakan. Masukkan 3 sudu besar sos tiram. Kacau hingga rata.
    8. Masukkan ayam tadi, sedikit serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau perlahan dan biarkan ia masak seketika.
    9. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan hirisan bulat bawang besar.
    10. Kacau dan apabila bawang hiris sudah layu segera matikan api.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments