Resepi Ayam Masak Merah Bujang Sedap & Simple


Biasa makan "Ayam Masak Merah" di kenduri kahwin? kali ini Fendi akan menunjukkan cara untuk memasak "Ayam Masak Merah" Dapur Bujang Style!

Oleh kerana banyak permintaan resepi Ayam Masak Merah di internet, mari kita lihat bagaimana caranya masakan bujang kali ini. Harap resepinya special dan mudah ditiru. Selamat mencuba.

resepi dan masakan ayam masak merah ada bermacam-macam caranya. ayamnya boleh digoreng dahulu, ada yang direbus dahulu pun boleh. Dalam resepi ini yang sangat mudah, ayamnya terus dicampur

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong 8
  • 4 chilli merah dipotong untuk diblend nanti*
  • 2 biji tomato segar - sebiji setengah untuk dikisar*
  • 1 biji bawang merah besar - separuh untuk dikisar* dan lagi separuh dihiris
  • 3 batang serai dipotong*
  • 2 ulas bawang putih*
  • halia sebesar ibu jari kaki dipotong*
  • Sos tomato
  • Sos chilli
  • sedikit air untuk kisar
  • minyak
  • garam secukup rasa
  • gula

Cara-caranya:
  1. Kisar bahan* didalam blender sampai halus
  2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali dengan api sederhana
  3. Masukkan bahan kisar dan masak sampai mendidih, naik minyak dan matang
  4. Masukkan kedalam 5-6 sudu sos tomato dan sos chilli. Kacau sehingga kuahnya sebati
  5. Tabutkan sedikit garam dan gula. kacau sebati
  6. Masukkan ayam dan masak hingga empuk sebati
  7. Jangan kuatkan api dan masak sekitar 15-20 minit
  8. Setelah kuahnya matang dan pekat, masukkan bahan hiasan tadi iaitu, separuh tomato yg dipotong, bawang hiris
  9. Setelah kuahnya pekat, matikan api dan sajikan panas-panas

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous16:34

    sedappp

    Have you guys checked out this amazing Minecraft gameplay video ?
    It’s mind blowing !!!

    Watch the LIVE streaming here :
    https://7r6.com/Minecraft_Animation_Update

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!