Resepi Ayam Masak Merah Enak!


Jadi tak masak Ayam hari ini? Kalau jadi, mari kesini dan penuhkan hasrat anda ini..hehe. Nak masak buat keluarga pun boleh, nak masak buat isteri pun lagi boleh. Cakap tak guna, tembak pun tak kena, mai kita mulakan.

Resepinya simple saja. Beli ayam saiz sederhana. Kalau nak cepat beli aja kepak. Bantai semua kepak pun ok jer. Resepi tak susah so no worries. Campak aja bahan di kuali, kacau sana kacau sini,...wala! Sudah siap. Ok lets go..

Kredit Resepi Ani's Home Resepi

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 8 biji Bawang merah shallot*
  • 6 ulas Bawang putih*
  • 1 1/2 inci Halia*
  • 2 batang Serai dititik
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 2 sudu besar chilli boh
  • 2 sudu besar sos chilli
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 bawang besar dihiris
  • 2 chilli besar dibuang biji dan dihiris
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu besar Kunyit serbuk

Cara-caranya:
  1. Campurkan kuyit dan garam kepada ayam dan gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak dikuali secukupnya dan goreng semua potongan ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Blender bahan* kisar dengan sedikit air sampai halus. Ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak di saucepan. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan 2 sudu besar chiili boh dan tumis rata. Masukkan 2 batang serai dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sos chilli dan tomato. Kacau rata. 
  7. Masukkan 2 sudu besar gula Melaka dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau.
  8. Masukkan 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk perasa kacau rata.
  9. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Masukkan bawang besar dan chilli hiris. Gaul rata.
  10. Apabila bawang dan hirisan chilli agak sedikit layu, matikan api dan hidang.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments