Resepi Rempeyek Kacang Bulat


Macam best gitu kalau dapat kunyah rempeyek ranggup, krup krap kruk...yes. Rempeyek ada pelbagai jenisnya. Ada yang bulat, ada yang diperbuat daripada dhal, kacang tanah, kacang hijau, ada yang pedas dan bermacam resepinya.

Ia diperbuat bersama tepung dan rempah yang dikisar ataupun ditumbuk. Sekali sekala bolehlah anda membuat rempeyek ni sendiri. Tetapi jangan lupa ikuti resepinya dengan teliti. Sebab kalau silap, nanti takut rempeyeknya tak jadi pula LOL.

Resepi Rempeyek Malaysia, Kacang Rempeyek, Kacang Tanah Rempeyik.

Bahan-bahan:
  • 1 tepung beras
  • 3 sudu besar jintan manis*
  • 3 sudu besar jintan kasar*
  • 2 sudu besar ketumbar*
  • Bahan * dikisar kasar
  • 7 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji kelapa, ambil santannya
  • 1/2 sudu kecil kapur makan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 telur
  • 1 kg kacang tanah
  • 500g ikan bilis yang telah dibelah 2
  • Minyak untuk goreng
Cara membuat:
  • Dalam mangkuk sederhana, gaul sebati bahan kisar bersama tepung beras, kapur, gula, garam, telur yang telah dipukul dengan santan.
  • Panaskan  minyak, rendam acu bagi tenggelam. Pastikan minyaknya mesti panas terlebih dahulu. Ratakan minyak panas ditepi pinggiran kuali.
  • Bila nak mula goreng, ambil beberapa senduk tadi dan masuk dalam mangkuk yang lain supaya mudah kita nak jaga pekat/cair adunan itu. Kalau adunan itu pekat/mendap, boleh tambah santan cair ataupun air dari masa ke semasa.
  • Gunakan senduk bulat dan tuangkan tepung campuran itu ditepi kuali dengan cara horizontal.
  • Bila rempeyek sudah lekang dari acuan, balikkan dan masak hungga ranggup dan gurih kecoklatan terang.
  • Angkat, sejukan rempeyek sebelum simpan kedalam kontainer.
→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments