Resepi Ikan Selar Singgang Tanpa Asam


Resepi Kredit Nikmatul Rosidah ala Indon. Salam semua. Mari kita bayangkan yaitu pada waktu kita lapar sangat dan tidak terfikir apa yang harus kita masak. Tidak selera makan dan bosan dengan masakan diluar sana? Anda memang ada disaluran yang dinanti. Resepi Ikan Selar Singgang. Lauk berkuah.

Hari ini memang harus anda mencuba Masak Ikan Selar pula. Ikan serbegini adalah ringkas dan senang untuk disiang. Kalau sudah siap masakanya, memang best dan sedap. Disimbah pula keatas nasi panas dan sambal belacan. Wow, sungguh enak!

ikan yang segar matanya akan cerah, menonjol, cembung dan tidak cengkung

Bahan-bahan:
  • 12 ekor Ikan Selar telah disiang dan dicuci - perahkan sedikit lemon atau air asam keatasnya supaya hilang bau hanyir
  • 5 biji bawang merah kecil*
  • 5 bawang putih*
  • 2 batang serai dititik
  • 3 potong halia (jahir)
  • 1 saiz ibu jari kunyit hidup*
  • 1 saiz ibu jari lengkuas
  • 3 chilli padi merah
  • 1/2 tomato dipotong ikut saiz sendiri
  • daun kemangi
  • garam secukupnya*
  • air

Cara-caranya:
  1. *Uleg kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, chilli padi dan sedikit garam
  2. Letakkan serai dan lengkuas. Dikeprek. Asingkan serai dan lengkuas daripada batu uleg
  3. Panaskan sedikit minyak diatas pan masak dan tumis bumbu yg telah diuleg kasar tadi. Pastikan apinya tidak terlalu besar dan tumis hingga naik bau
  4. Tambahkan air secukupnya di pan masak. Biarkan ia mendidih
  5. Masukkan serai, lengkuas dan tomata yg sudah dipotong. Biarkan ia matang
  6. Apabila kuahnya sudah mendidih sebentar, rasa dan tambahkan garam jika perlu
  7. Masukkan ikan selar dan godak sedikit. Biarkan supnya ia mendidih lagi dan matang
  8. Taburkan daun kemangi dan tunggu seminit. Sajikan dengan nasi putih.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous21:32

    waduh buk...masakan Jawa ni buuuk...

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!