Resepi Kari Ayam Bujang Simple

Salam disana. Kali ini, mari kita tinjau masakan Bro Fendi dari Inspirasi. Masakan bujang Kari Ayam ini amatlah mudah. Resepi ini senang diikuti. Kalau yang untuk sesiapa yang agak hendak belajar memaasak Kari Ayam yang ringkas, bolelah cuba resepi ini.


Bahan-bahanya mudah didapati di kedai dan pasar. Kalau tak tau pergi berbelanja dipasar, hmmm..saya cadangkan anda belajarlah juga ya. Selamat mencoba!

Bahan-bahan:
  • 1/2 Ayam dipotong 6-8
  • 3 sudu besar Rempah ayam dicampur air menjadi paste
  • 1 Kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 cengkir
  • 3 buah pelaga
  • 1 mangkuk santan
  • 2 biji Chilli hijau dibelah 3
  • 2 biji Kentang dipotong dadu
  • 2 tangkai Daun kari
  • 1 bawang besar dihiris*
  • 2 bawang putih dihiris*
  • 1 halia saiz ibu jari dihiris*

Cara-caranya:
  1. Nyalakan api dan panaskan sedikit minyak didalam periuk untuk menumis
  2. Masukkan bahan * dan rempah ratus kedalam periuk
  3. Masukkan daun kari kedalam periuk. Tumis sampai bahan layu dan naik bau dan kekuningan
  4. Seterusnya, masukkan kari paste dan sedikit air supaya tidak hangus. Kacau
  5. Kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak dan pekat sedikit
  6. Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau rata
  7. Masukkan kentang dan sedikit lagi air. Masak ayam dan kentang dengan api yang sederhana
  8. Kacau perlahan supaya isi tidak hancur
  9. Apabila sudah pecah minyak, masukkan santan dan kacau. Masak sampai ayam empuk 8-10 minit
  10. Masukkan chilli hijau
  11. Masukkan dalam 3 cubit garam atau secukup rasa, kacau dan test kentang jika ia masak
  12. Angkat dan sajikan dengan roti canai

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments