Resepi Kari Ikan Bawal Sedap



Resepi Kari Ikan Bawal Mudah. Untuk maklumat lanjut resepi: Sini. Ikan Bawal kalau digoreng dengan kunyit dan garam pun sudah cukup menyelerakan. Bawal memang enak dimakan dengan sambal ataupun sos. Bawal hitam juga boleh dimasak dengan sos sweet sour.

Resepi Kari Ikan
Mari kita ikuti cara masak Bawal Kari daripada Chef kita dari Youtube. Memang popular lah Kakak kita ini. Resepinya ramai yang suka dan telah mencubainya.

Kalau anda ada tips untuk lagi menyedapkan masakan Kari ini, tolong share comment di bawah. Jangan lupa subscribe tau, Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor Bawal Putih
  • 2 sudu besar kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk chilli
  • Bancuh dengan sedikit air

Hirisan nipis:
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 batang kayu manis
    • 1 sudu kecil kalba campur
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1 tangkai daun kari
    • Air asam jawa satu mangkuk sederhana
    • 1 mangkuk air santan
    • 2 biji tomato dipotong 4
    • 8 sayur bendi
    • 2-3 chilli merah dipotong dua
    • garam secukup rasa

    Cara-caranya:
    1. Tumis semua diatas hingga naik bau
    2. Masukan bancuhan kari tadi. Gaul rata
    3. Masukan air asam jawa
    4. Masukan Ikan Bawal dan tutup dengan penutup sebentar
    5. Masukan 1 mangkuk air santan
    6. Gaul kuahnya sehingga rata
    7. Tambah sedikit air jika perlu
    8. Masukan potongan 2 biji tomato, chilli merah dan garam secukup rasa
    9. Tutup sehingga Bawalnya masak. Kacau rata.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments