KARI IKAN TANPA SANTAN Fish Curry. Kongsian resepi ini yang anda bole mencuba dan tinggalkan comment dibawah, Semoga sajian menggoda!
Yuk ibu-ibu disana, kita hidangkan lauk kari ikan pulak hari ini. Tentu kita merasa senang hati apabila masakan kita habis dimakan tetamu ataupun oleh keluarga kita sendiri. Kari ikan ada bermacam cara masakannya. Ikan juga kita boleh gunakan mengikuti tekak masing-masing.
Kari ikan memang sedap dimakan dengan roti canai dan nasi putih diwaktu apa pun. Ada setengah orang kata bahawa kari ikan lagi sedap dimakan pada keesokan harinya. Tapi haruslah berhati-hati supaya ikan itu tadak hancur ketika memanaskannya semula untuk santapan. Yang pastinya, ada diantara mereka yang mengukus lauk kari itu untuk mengelakkan daripada hancurnya ikan tersebut.
Kita bermula dengan bahan-bahan yang kita akan gunakan dibawah ini.
(Credit Ilham Media)
Bahan-bahan:
- Ikan apa2 je
- 3 sudu besar rempah kari
- 3 biji bwg merah dihiris
- 2 ulas bwg putih dihiris
- Rempah 4 sekawan
- air asam jawa
- 1 biji tomato -belah 4
- 4 biji bendi
- 2 biji lada hijau/merah
- Daun bawang garam
- 2 tangkai daun kari
Bahan kisar:
- 5 biji bwg merah
- 3 ulas bwg putih
- 2 biji bawang besar
Cara cara:
- Tumis bwg merah dan bwg putih yang telah dihiris dicampur rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi... Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air.
- Masak hingga pecah minyak... Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.
- Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!