Resepi Kepak Ayam Goreng Kunyit



Tak tahu nak masak apa? Kepak ayam memang sedap kalau diratah-ratah panas-panas dengan Nasi Lemak ataupun dengan sos chilli; Manapun ia memanglah kegemaran ramai. Ada yang suka sayap ini dibakar, digoreng dengan tepung, ada juga yang masak kicap dan sebagainya. Masing-masing ada selera dan resepi istimewa kepak ayam ya.

Resepi kali ini yang dianggap simple dan common ialah Ayam Goreng Kunyit (Turmeric Fried Chicken). Senang untuk menyiapkanya dan sangatlah mudah.

Bolehlah nanti kalau sudah siap ratah panas-panas. Kalau dengan Nasi Lemak pun best.

Ayuh kita cuba resepi daripada Flavours Of Asia. Jangan lupa subscribe ke Blog kami untuk collection resepi-resepi yang ringkas dan viral! Selamat mencuba!


Bahan-bahan:
  • 12 (sekitar 840g) kepak ayam
  • 2 sudu besar jus limau kasturi
  • 1 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar tepung kentang
  • 2 sudu besar air
  • minyak untuk goreng

Cara-caranya:
    • letakkan ayam kedal mangkuk, siramkan lime juice dan gaul rata
    • masukkan garam, kunyit, tepung kentang dan sedikit air. gaul rata
    • tutup ayam dan masukkan di peti sejuk. Biarkan ia marinate sehingga 3-4 jam
    • keluarkan ayam setelah cukup masanya untuk digoreng
    • panaskan minyak didalam kuali secukupnya untuk menggoreng
    • goreng dan balek-balekkan ayam. Goreng ayam sampai kekuningan emas dan garing
    • angkat kepak ayam, tapis minyak dan sajikan panas-panas

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments