Resepi Ikan Singgang Singapura


Resepi Ikan Singgang.  Singgang memang disukai komuniti Melayu Singapura. Salah satu antara maksud perkataan singgang ada berkaitan dengan jenis masakan yang sungguh ringkas dan mudah. Masakan Singgang bermaksud ialah ikan yang direbus dan digarami.

Lauk berkuah sop ini sama jer seperti masakan Filipino. Mereka panggil lauk ini "Sinagang". Orang Filipino memang gemar dengan lauk serbegini. Bukan saja ikan, mereka juga gemar dengan masakan daging ala Singgang ini.

Lauk berkuah tidaklah kita ragu kerana rasanya sungguh menyegarkan. Resepi ini sedap, mudah dan ringkas. Ada yang kata bahawa lauk seperti ini adalah masakan untuk seseorang yang baru jinak dengan memasak. Betul ke?

Bahan-bahan:
  • Ikan tenggiri 2 potong
  • 1 Bawang merah dihiris
  • 2 serai dititik
  • 5 bawang putih dihiris
  • Halia 1 ibu jari dihiris
  • Lengkuas 1 ibu jari dikeprek
  • Assam dicampur dengan air
  • Kunyit hidup 1 inci untuk rasa
  • 1 sudu teh Kunyit serbuk untuk warna
  • 5 chilli padi merah
  • 3 chilli hijau besar
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar sedikit dipotong (akar dicuci dan digunakan untuk masak)

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dikualidan masukkan ikan
  2. Taburkan halia yang telah dihiris, serai, kunyit hidup, kunyit serbuk, chilli hijau, chilli padi, lengkuas, akar ketumbar dan bawang hiris
  3. Masukan 3-4 senduk air assam keatas ikan, kedalam kuali dan kacau. Tutup dengan penutup dan tunggu sebentar hingga ia mendidih selama 15 minit
  4. Tuangkan air asam seterusnya sebanyak 2 cawan
  5. Tambah garam dan rasa. Biarkan ia mendidih selama 2-3 minit
  6. Sajikan panas-panas dengan nasi putih

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments