Resepi Peyek PEDAS Tanpa Santan


Mari kita cuba resepi Rempeyek yang agak siap untuk dujual. Sempurna dan sedap. Kalau bumbu cara Indonesia, selalu bumbunya digunakan lesung batu. Wow, sungguh authentic yer. Resepi ini tetap straight foward. Rempeyek embak original padas dari Indon memanglah rasanya penuh dengan rempah yang cukup, masakan yang tersendiri.

Yok kita mulakan resepi ini. Ikutlah dengan cara teliti. Kalau anda ada koman yang untuk memperbaiki resepi ini, tolong tinggalkan dibawah komen section please. Terima kasih dan selamat mencuba. Resepi Kredit: salembrot vlog

Bahan-bahan:
  • Tepung tapioka 200-250g
  • Tepung beras 500g
  • 10 bawang putih*
  • 1 cm kencur*
  • 6 biji Kemiri*
  • 1 sudu besar Ketumbar*
  • sedikit kunyit*
  • Telur 2 biji
  • Kacang soya (kedelai) yang telah direbus
  • Kacang yang telah disundry
  • Ebi (udang geragau)
  • Daun jeruk dihiris (pengharum)
  • Cabei yang telah dihalus kasar (chilli padi campuran chilli merah)
  • Garam secukup rasa*
  • Penyedap rasa (serbuk perasa)
  • Air
Caranya:
  1. Haluskan bumbunya*
  2. Masukkan tepung tapioka dan tepung beras kedalam wadah
  3. Masukkan bumbu, telur, surbuk penyedap rasa, kedalam wadah 
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata
  5. Ditambah daun jeruk dan gaul rata
  6. Dibagi dua adunan itu kedalam mangkuk yang kedua sekiranya ada yang suka yang pedas nanti
  7. Masukkan cabei kedalam mangkuk yang kedua dan asingkan. Gaul
  8. Masukkan sedikit ebi kedalam mangkuk adunan itu dahulu dan juga kedua
  9. Panaskan minyak di kuali supaya ia cukup panas untuk mula menggoreng. Gunakan api yg sederhana. (Asingkan gorengan minyak pedas dan yang tidak ketika menggoreng nanti supaya tidak tercampur).
  10. Siram minyak yg panas rata dipinggiran kuali sebelum mula menggoreng.
  11. Ambil sedikit adunan campuran tepung tadi dengan senduk bulat. Taburkan sedikit kacang tanah dan soya bersamanya.
  12. Siram adunanya secara memanjang ataupun horizontal ditepi pinggiran kuali. (lihat video)
  13. Siram minyak keatasnya supaya peyeknya turun sendiri. Goreng rata da balek-balekan.
  14. Angkat yang matang rempeyeknya. Tapis minyak dan siap.
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments