Resepi Rempeyek Kacang Indonesia Special


Anda sedang mencari resep Rempeyek? Inilah dia rempeyek kacang special yang anda cari; sejenis makan ratahan tradisional yang campuran bahan selain tepung beras, kacang tanah dan rempah ratus.

Resepi Rempeyek Kacang
Baunya yang sangat harum dengan rasanya yang lemak dan gurih menambahkan lagi kelazatanya.

Bukan ianya biasa dihidangkan di hari raya, malah snack ini juga amatlah sesuai diwaktu ketika minum teh ataupun bekalan semasa dalam perjalanan ke destinasi yang jauh. Kali ini, kita kongsikan pula resepi rempeyek yang rangup ini.

Resep dan cara membuat peyek kacang renyah agaklah mudah. Gunakan kuali lebarnya sederhana supaya wajar rempeyeknya nanti. Selamat mencuba ibu-ibu.

Bahan-bahan:
  • 200 gram tepung beras 
  • 300 ml air 
  • 150 gram kacang tanah dipotong2 
  • Garam dan daun jeruk diiris tipis2 secukupnya (daun jeruk dibuang tulangnya) 
  • 3 siung bawang putih 
  • 3 buah kemiri 
  • 1 ruas kunyit dan 
  • 1 ruas kencur ketumbar secukupnya 
  • 1/2 sdt lada bubuk 
  • 1 butir telur 
  • 1 sdm tepung tapioka (ubi)
Cara Masak:
    1. Campurkan bawang putih, kemiri, kencur, kunyit, ketumbar, lada bubuk dan garam keatas gilingan batu. Pecahkan dan campur sampai menjadi bumbu yang agak halus.
    2. Pindahkan bumbunya kedalam mangkuk untuk campuran nanti.
    3. Masukan air dan daun jeruk yang telah dihiris tadi. Kacau rata.
    4. Masukan tepung tapioka. Kemudian tepung beras. Kacau rata.
    5. Pacahkan telur kadalam mangkuk campuhan. Di kacau sampai merata. Sekarang ia sudah pun siap untuk digoreng.
    6. Kacang tanah boleh dimasukan sekali  juga ataupun dicampur nanti ketika memasaknya.
    7. Test minyak di kuali supaya ia cukup panas untuk mula menggoreng. Gunakan api yg sederhana.
    8. Siram minyak yg panas rata dipinggiran kuali sebelum mula menggoreng.
    9. Ambil sedikit adunan campuran tepung tadi dengan senduk bulat. Taburkan sedikit kacang tanah bersamanya.
    10. Siram adunanya secara memanjang ataupun horizontal ditepi pinggiran kuali. (lihat video)
    11. Siram minyak keatasnya supaya peyeknya turun sendiri. Goreng rata da balek-balekan.
    12. Angkat yang matang rempeyeknya. Tapis minyak dan siap.
    via GIPHY
    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    2 Comments

    1. Anonymous13:12

      Saya udah buat. Alhamdulillahh, bole tahan enak bangett

      ReplyDelete

    🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!