Resepi Rendang Ayam Hari Raya


Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning.

Di resepi ini, boleh juga digunakan ayam pencen kerana ayam itu lebih kenyal dan tidak mudah hancur.

Kerisiknya haruslah segar dan tidak berbau apabila kita menggunakannya.

Bahan-bahan kisar halus:
  • 8 biji bawang merah shallot
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 3 ketul kunyit hidup
  • Cili merah dan cili padi
  • 4 biji buah keras (optional biar lagi lemak)
  • 1 biji bawang merah
  • sedikit air

Bahan-bahan lain:
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 1 daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 ekor ayam, potong 12 kecil
  • 1 1/2 biji perahan pati santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2-3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan halus daun kunyit

Cara-caranya:
    1. Blender semua bahan-bahan kisar sampai halus.
    2. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Lebihkan minyak supaya tumisan masak dengan sempurna. Minyak yang berlebihan akan dibuang pada akhir masakan nanti.
    3. Masak sehingga naik minyak dan tumisan menjadi sedikit gelap.
    4. Masukkan chiili kering kisar dan caritkan daun limau purut supaya naik aroma semasa memasak. Kacau rata.
    5. Apabila tumisan sudah pecah minyak, masukkan potongan ayam dan gaul rata.
    6. Masak sehingga ayam kecut dan keluar air ayam yang akan membuat rendang sedap. 
    7. Setelah kacau dan naik minyak, massukan santan. Masukkan asam gelugur dan kerisik. Kacau rata.
    8. Masukkan garam dan gula secukup rasa apabila rendang sudah kelihatan pekat. Gaul dan rasa.
    9. Kemudian taburkan hirisan daun kunyit. Kacau dan matikan api.
    10. Hidangkan dengan lemang ataupun ketupat.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments