Resepi Rendang Lembu Sedap & Mudah


Rendang kalau dimasak memanglah perlu bersabar kerana waktu dan rempahnya yang bergitu rumit. Akan tetapi, masakannya sebenarnya tidaklah bergitu susah jikalau kita pandai dengan tertipnya. Jom kita lihat Rendang versi Kak Long dari Singapura pulak ๐Ÿ‘.

Nanti jika beli daging dipasar tu, kalau boleh dapatkan daging yang banyak uratnya.

Siapa tahu, Hari Raya tahun ini abang kita pulak yang nak masak untuk keluarga ๐Ÿ˜€..hehe. Nanti jika beli daging dipasar tu, kalau boleh dapatkan daging yang banyak uratnya. Nanti apabila rendang sudah masak, dagingnya sedap dan kenyal. Itu baru pergi ya, kena dengan lemang dan ketupat๐Ÿ˜‹.

Masak Apa Masak Mystyle Rendang Kak Long Credit Amy Tashiana.

Bahan:bahan rebusan:
  • 5kg daging lembu
  • halia secukupnya dipotong
  • 1 cawan bawang putih
  • Air secukupnya

Bahan-bahan lain:
  • 6-7 biji bawang merah besar dihiris*
  • 12 biji bawang putih*
  • 10 batang serai dipotong*
  • 1 saiz bola ping-pong halia dihiris*
  • 1 saiz bola ping-ponglengkuas dihiris*
  • 1 genggam chilli kering, direbus dan toskan airnya*
  • 4 sekawan, 2 kayu manis, 8-10 bunga cengkir, 3 bunga lawang dan 7 buah pelaga
  • 4 biji gula melaka
  • 2 keping asam gelugur direndam air
  • 2 paket kerisik basah
  • 2 paket kerisik kering
  • 1 paket Rempah rendang
  • 200ml Santan Kara
  • 1 helai Daun kunyit
  • 1/2 gengam Daun limau purut

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan rebusan kedalam periuk atau kuali dan rebus sehingga sekurang 2 jam. 
  2. Kisar bahan* sehingga halus dan diketepikan.
  3. Buang hampas dan air sedikit didalam rebusan tadi jika air berlebihan. Nasukkan kerisik basah, kerisik kering, gula melaka, daun kunyit
  4. Panaskan minyak didalam kuali, masukkan 4 sekawan dan masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukan rempah rendang dan kacau sebati. Masikan sedikit air. Kecilkan api dan kacau sehingga naik minyak..
  6. Tuangkan rempah tumisan kedalam periuk daging. Kacau rempah sama rata ke daging.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau. Masak dan biarkan ia mendidih sehingga hampir kering. Masukkan asam keping.
  8. Masukkan santan dan kacau. Masukkan daun limau. Masak sehingga naik minyak dan pastikan daging lembut tetapi tidak hancur
  9. Sajikan dengan nasi dan lauk-pauk yang lain..

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments