Rendang yang akan dikongsi kali ini agak cukup istimewa kerana cara dan persiapan yang boleh dikatakan agak nostalgic. Rendang yang akan anda cuba ini agak berbeza sedikit daripada rendang yang lain.
Masakan ini mengunakan bawang dan lengkuas yang banyak selain menggunakan rempah rempah seperti jintan putih, lada hitam dan ketumbar biji.; memang sedap kerana ia kaya berempah. Resepi rendang ini dipercayai diikuti daripada asal resepi Bonda Malida, yang ditulis oleh pembantunya ketika dahulu.
Rendang ini tidak menggunakan asam atau gula. Hanya menggunakan garam dan ajinomoto. Jika tidak suka ajinomoto, bolehlah letak apa apa perasa.
Kredit Resepi Azie Kitchen
Bahan bahan:
- 1 kg daging batang pinang
- 1 kg santan pekat
- 2 sudu besar kerisik
- Garam
- Ajinomoto
- Daun limau purut
Bahan tumbuk:
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil lada hitam
Bahan kisar:
- 10 ulas bawang merah - guna 2 1/2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 senduk cili kering kisar
- Cili api - ikut selera
- 2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 2 batang serai
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali bersama daging dan santan kecuali daun limau purut, garam dan kerisik.
- Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
- Setelah terbit minyak dan hampir masak, masukkan kerisik, serbuk perasa dan daun limau purut.
- Tutup api dan taburkan garam. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati. Petua orang dulu dulu, garam dimasukkan selepas rendang masak dan ditutup api. Masak agak lama kerana mnggunqkan api perlahan.
Nota:
Rendang ini tidak menggunakan asam atau gula. Hanya menggunakan garam dan ajinomoto. Jika tidak suka ajinomoto, bolehlah letak apa apa perasa.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!