Resepi Rendang Tok Daging Goreng


Resepi Rendang Tok (Asli Kedah). Rendang Tok telah dipercayai bermula dari Malaysia Perak. Ia dihidangkan kering dan selalu ianya dimasak bergitu perlahan sehingga kuahnya berkurangan. Cakap saja rendang, kita terbuka selara. Hidangan ini memang special kerana ia adalah tradisi turun menurun daripa nenek moyang kta.

Rendang juga adalah makanan hari kegembiraan dan keramaian. Cuba kita sambut hari raya tanpa lauk rendag. Habis kiamat dibuatnya. Memanglah sambutannya tidak complete. Seakan kita memakai baju kurung tanpa kain sarung pelikat ya. Dengan dagingnya dimasak bergitu memakan masa, akhirnya apabila ia lembut, dagingnya empuk dan perprisa rempah yang kaya dengan rempah.

Apabila rendang sudah masak dan naik minyak, kita boleh simpannya kedalam peti ais. Pastikan rendang itu dimasukkan kedalam tempat yang berasingan. Kalau dagingnya diasingkan dahulu dan disimpan, ia juga boleh. Anda cuma perlu panaskan kuahnya sahaja untuk daripada elakkan rendang menjadi cepat basi.

Resepi asal oleh Tok Aishah Hassan.

Resepi Kredit Syazwina Khir.

Bahan-bahan:
Daging Goreng:
  • 2 kg daging segar
  • 2 sudu makan kunyit 
  • garam secukup rasa

Rendang Daging:
  • 20 biji bawang merah shallot*
  • 2 ibu jari halia dihiris*
  • 2 ibu jari lengkuas dihiris*
  • 7 batang serai dipotong*
  • 20 chilli kering direbus*
  • 1 1/2  sudu makan serbuk jintan manis
  • Daging yang digoreng 
  • 500 ml santan 
  • 1 bekas kerisik
  • 1 sudu garam atau secukup rasa'
  • 1 sudu makan Gula 

Cara-caranya:
    1. Masukkan daging kedalam basin sederhana. Masukkan kunyit dan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
    2. Panaskan minyak dikuali dan goreng daging seperti biasa. Tambahkan sedikit air supaya daging lembut. Goreng daging sehingga agak kering. Angkat dan diketepikan.
    3. Masukkan bahan *. 20 biji bawang merah kecil, halia, lengkuas, serai, chilli kering dan air, Kisar bahan sehingga halus.
    4. Panaskan minyak dikuali dan masukkan bahan kisar tadi. Tumis bahan sementara dan masukkan serbuk jintan manis dan kacau sehingga matang dan naik minyak. Masukkan 1 sudu gula dan garam. Kacau sampai sebati.
    5. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga sebati. Kecilkan api perlahan sehingga ia mendidih.
    6. Masukkan 1 bekas kerisik dan kacau sehingga sebati.
    7. Masukkan daging goreng tadi dan kacau. Biarkan ia masak sampai pecah minyak. Rasa.
    8. Sajikan dengan lemang, ketupat ataupun nasi dengan lauk yang lain.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments