Resepi Ayam Ungkep Jawa


Kepada peminat hidangan Ayam sila teruskan pencarian resepi disini. Yuk kita cuba masakan Jawa istimewa pada hari ini. Bumbunya yang cukup untuk mewangikan Ayam Ungkep pasti akan membuat anda rasa puas dengan keenakannya.

Hidangan Ayam Ungkep ini boleh dikategorikan dengan tiga cara. Ia boleh dipanggang, boleh juga digoreng dan enak dihidangkan setelah direbus juga. Ikut selera anda dan persiapan. Hidanglah seperti di waktu keramaian bbq atau dimana apa jua.

Mari kita lihat video diatas ini. Resepi dari Indonesia ini disediakan oleh Bunda Airin.

Bahan-bahan:
  • 1kg Ayam potong 8-12

Bumbu:
  • 1/2 sudu makan Ketumbar*
  •  1/2 sudu Serbuk Lada putih*
  • 4 Ulas Bawang Putih*
  • 6 Bawang Merah Kecil*
  • 1 ibu jari Kemiri - Kunyit *
  • 1 ibu jari Halia*
  • 4 potong Lengkuas
  • 1 batang Serai dititik
  • 3 Daun Salam  
  • 4 helai Daun Jeruk 
  • Garam secukup rasa*

Cara-caranya:
  1. Uleg bahan * sampai halus
  2. Masukkan bumbu kedalam air kuali rebusan yang sudah mendidih
  3. Masukkan lengkuas, serai, daun salam dan daun jeruk kedalam kuali rebusan
  4. Masikkan semua potongan ayam, tutup dan rebus ayam dengan api perlahan, sekurangnya 1/2 jam
  5. Apabila sudah matang, matikan api. Angkat ayam kedalam penapis
  6. Ayam ungkep boleh dihidangkan dengan cara bergini ataupun dipanggang lagi
  7. Untuk selera menggoreng, seterusnya, panaskan minyak dikuali, masukkan ayam dan goreng sehingga matang berwarna keemassan 
  8. Angkat dan siap disajikan
  9. Ayam yang direbus tadi boleh juga disimpan didalam peti sejuk untuk digoreng keesokkan harinya

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments