Resepi Peyek Kacang Hijau Pedas


Salam disana. Masak apa hari ini? Mari disini kita cuba makanan ratahan. Resepi Peyek Kacang Hijau Pedas. Istimewa Rempeyek ini adalah kerana peyeknya yang tipis, garing, gurih, dan pedas. Resepi mudah dan enak. 😱 Baik sekali buat ratahan iapun untuk penuhkan hidangan Hari Raya.
Resepi Peyek Kacang Hijau

Untuk tetapkan kegurihanya, jangan masukan peyek ini kedalam tempat simpan ketika panas. Nanti lemau jadi tidak enak dimakan. Tunggu ia sejuk dan barulah sesuai untuk disimpan. 

Resepi ini mungkin anda harus mencubanya sebab ia agak mudah dan bergitu senang untuk ditiru. Masakan ini tidak menggunakan santan. Terpulanglah kepada masing-masing empunya resepi yer.

Selalunya rempeyek tumpi harus dubuatnya tipis dan tidak bergitu tebal. Resepi ini anda bolehlah tambah atau kurangkan chillinya mengikut selera anak tekak. Practice makes perfect. Setelah beberapa percubaan, pasti anda akan dapat caranya untuk menuangkan adunan ke kuali itu dengan lebih confident. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
  • 100g kacang hijau - direbus agak 15 minit dan disaring airnya
  • tepung beras 200g
  • tepung maizena 2 sudu makan
  • royco kaldu ayam 2 1/2 sudu teh
  • air 350 ml
  • daun jeruk 6 lembar dihiris halus
  • bawang putih 3 siung*
  • cabei rawit merah 3 buah*
  • kemiri 5 butir*
  • kencur 1cm*
  • ketumbar bubuk 1 sudu makan*
  • cabei merah besar 1 buah*
  • dikisar semua *
Caranya:
  1. Campurkan semua bahan diatas kedalam mangkuk aduan dan kacau rata
  2. Panaskan minyak secukupnya dikuali
  3. Gunakan adunan senduk peyek dan tuangkan campuran perlahan-lahan secara kedepan kanan dipinggir kuali
  4. Goreng rempeyek seterusnya sehingga kering dan matang
  5. Angkat dan sajikan
→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments