Rempeyek adalah suatu makanan yang amat popular dikalangan orang Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Baunya yang harum sekali ketika digoreng membuat kita rasa susah nak berhenti mengemel mengunyahnya. Sedap betul rempeyek jika ianya ditambah pula rasa kepedasan.
Kalau anda pernah cuba dan malah anda adalah seorang yang mahir, tolong berikan tips di-comment section yer. Kalu sudah pandai dan mahir buat rempeyek ni, tentu sekali anda boleh mulakan bisnis sendiri. Apa tak? Ramai yang suka benda ni. Walaubagaimana pun, marilah kita mula.
Tak sabar ni kita nak share resepi dari youtube. Resep Peyek Kacang Renyah Super Pedas!
Bahan-Bahan:
- 250 g tepung beras
- 100 g tepung tapioka
- 200 g kacang tanah dipotong
- 1 biji telur
- 350ml air putih (ditambah 2 sdm air kapur sirih)
- 9 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 4 daun jeruk* (halukan kemudian)
- 1 sudu makan gula*
- 1 sudu makan garam*
- 2 sudu makan ketumbar*
- 1 sudu teh sasa (penyedap rasa)*
- 11 biji buah keras*
- 15 biji chilli padi (kemudian)
- Haluskan bahan* bumbu, kecuali chilli padi dan diulek sampai lumat. Ketepikan.
- Kemudian campukan tepung beras bersama tepung tapioka kealam basin aduk. Pecahkan satu biki telur kedalamnya.
- Masukkan bumbu halus tadi. Gaul sambil masukkan air sehingga sama rata.
- Seterusnya, haluskan chilli padi sampai hampir lumat.
- Campurkan chilli padi kedalam adunan. Masukkan kacang dan kacau sama rata.
- Panaskan minyak secukupnya, gunakankan senduk mendalam untuk tuang adunan ketepi kuali. Siramkan minyak keatas peyek dengan senduk lurus dan goreng peyek sampai habis.
- Angkat dan toskan minyak. Hidang atau simpan kedalam container sesudah ia sejuk.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!