RESEPI REMPEYEK KACANG HIJAU RENYAH


Kacang hijau adalah diantara satu bahan makanan yang boleh dijadikan bermacam cara masakan dan pencuci mulut. Tidak asing lagi yang kita akan ketengahkan disini ialah rempeyek.

Makanan ringan yang addictive ini, memang best bila kita ratah bersama keluarga diwaktu menonton TV. Sambil ngunyah, sambil tangannya diambil lagi satu terus kemulut. Dan ngunyah lagi. Sudah tentu enak dan ranggup jikalau dibuatnya dengan betul.

Apa lagi tunggu kakak-kakak, ibu-ibu disana? Siapkan bahan dan ikuti cara pembuatannya mari kita mulakan. Resepi daripada Indonesia.

Resepi Rempeyek Kacang Hijau daripada  Youtube, Saudari Nuraaini Soewarto, Indonesia.

Bahan-bahan:
  • 1/4 kacang hijau direndam selama 30 minit
  • 1 biji telur
  • 300g tepung beras 
  • 5 lembar daun jeruk dihiris tipis
  • 3 sudu makan tepung tapioka 
  • 1 sudu makan serbuk penyedap ayam
  • 500ml santan kelapa 
  • minyak secukupnya 

Bumbu ditumbuk halus:
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 butir buah keras
  • 2 sudu makan ketumbar 
  • 1 1/2 sudu makan garam 
  • 1 ruas kencur 

Cara-caranya:
    1. Pecahkan telur kedalam basin sederhana. Masukkan bahan halus dan cakau rata.
    2. Seterusnya, masukkan tepung beras, tepung tapioka, serbuk penyedap, santan kelapa separuh dan kacau adunan sehingga rata. 
    3. Masukkan santan lagi sampai habis dan kacau rata.
    4. Masukkan daun jeruk yang dihiris tadi dan kacau rata. Pastikan adunannya tidak terlalu kental atau cair.
    5. Masukkan kacang hijau dan kau rata hingga sebati.
    6. Panaskan minyak secukupnya dikuali dengan api yang sederhana. Tuangkan adunan ketepi kuali dengan senduk. Siram adunan rempeyek ditepi kulai dengan minyak supaya ia masak sempurna dengan rata. 
    7. Goreng Rempeyek Kacang Hijau sehingga ia matang dan berwarna keemassan.
    8. Angkat dan toskan minyaknya. Siap dimakan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments