Resepi Ikan Bawal Masak Kicap


Memang senang sekali rasanya kalau ibu kita sediakan kita makanan harian untuk makan tengah hari. Tetapi, alangkah lagi senangnya hati ibu jika giliran kita pula yang masak kali ini. Masak apa? Taklah rumit yer..masaklah apa yang senang. Yang resepi ini amatlah ringkas dan mudah.

Resepi Ikan Bawal
Preparation pun senang. Lagipun banyak bahan yang digunakan ini selalunya terdapat di setiap rumah kita ☺️. Kalau pilih Bawal dipasar tu, janganlah terlalu besar ataupon terlalu kecil yer. Selalunya bawal yang digunakan untuk masak kicap adalah bawal hitam.

Tips: apabila memilih ikan, pastikan isi badan ikannya elastik dan pejal sehingga tidak berubah bentuk ketika dipegang

Yok mari kita cuba resepi kicap ini. Memang masakan ini senang dan banyak yand sudah tahu masakan serbegini.

Malah ada juga yang masak lagi istimewa daripada resepi ini. So, let's begin.

Kredit: Limau Nipis

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan bawal saiz kecil dipotong dua
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 biji tomato dipotong dadu*
  • 1 biji bawang besar merah dihiris*
  • 4 biji cili api dibelah tengah ke bawah*
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili

Cara-caranya:
    1. Sapu rata garam dan kunyit serbuk kepada ikan 
    2. Panaskan minyak yang mencukupi dikualai dan goreng ikan sampai masak. Angkat dan tapis
    3. Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumis bahan *
    4. Masukkan kicap manis dan sos chilli. Kacau rata
    5. Masukkan ikan tadi dan gaul hingga rata 
    6. Siap

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    1 Comments

    🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!