Resepi Siakap Sweet Sour Youtube


Terfikir-fikir apa lah yang hendak dimasak pada hari ini? Apa kata kalau kita masak Siakap Sweer & Sour. Kalau bahasa kita dipanggil Siakap Masam Manis lah sudah ramai yang tahu. Hidangan serupa ini selalunya ada dijual digerai-gerai makan dan restoran seafood.


Sweet & Sour ini banyak versinya. Ala "Thai", ala "Cina" dan ala versi "Muslim Seafood". Cakap terus terang kalau kita pandai masak sos yang power ni, sudah tentu kenalah dengan apa lauk daging juga. Selain daripada Ikan, Sos Sweet Sour ni ada juga yang dimasak dengan daging ayam ataupon tahu yang digoreng dengan biji bijan. Lazat tu.

yang kaki pancing disana. sila rujuk ke lelaman ini Kaki Pancing. Siapalah tahu, kalau sedang pancing tu sambil tengok resepi disini

Dengan tidak berlengah lagi, mari kita tinjau resepi yang ada disini.

Kredit Resepi: Buat Orang Lapo. Resepi penuh : Sini.

Bahan-bahan:
  • 1 Ekor Ikan Siakap yang sudah disiang 
  • Tepung Jagung
  • Garam secukup rasa
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1/2 inci Halia
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3-4 Serbuk Cili Kisar
  • Air secukuonya
  • 3 Sudu besar Sos Tomato
  • 4 Sudu besar Sos Cili
  • Gula secukupnya
  • 1/2 Bawang Holland
  • 1/4 Nenas
  • 1 Biji Tomato

Cara-caranya:
  1. Yang pertama, gulingkan ikan kedalam tepung jagung dan garam secukupnya yang telah dicampur dan perap ikan seketika selama 10 minit.
  2. Kita perlu gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng ikan ini untuk mendapatkan texture yang cantik.
  3. Goreng ikan dalam minyak panas dengan api sederhana sampai kuning kecoklatan dan rangup. Angkat dan diketepikan.
  4. Panaskan sikit minyak. Tumis bawang besar, halia, bawang putih sehingga wangi.
  5. Selepas itu masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Tuangkan sedikit air. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau lagi sehingga garing dan bertukar warna sedikit gelap.
  7. Enakkan sos dengan garam dan gula secukupnya. Rasa.
  8. Masukkan bawang holland, nenas dan juga tomato. Kacau seterusnya.
  9. Apabila mask, tuangkan sos ke atas siakap yang telah digoreng tadi. 
  10. Sedia untuk disajikan panas.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments