Resepi Sotong Bakar Sumbat Udang Sos Cili Hijau Thai!

Resepi Sotong Bakar Udang
Resepi Sotong Bakar Udang
Resepi Sotong Bakar Udang

Rasa-rasa sanggup tak buat resepi yang agak menggoda kali ini. Sotong bakar disumbat udang. Dibakar atas api, dengan disertakan sos chilli yang dituangkan keatas sotong tersebut. Fuhh.. mesti jadu ni yer. Tunggu apa lagi? Mari teruskan niat anda yang suci itu.

Resepi Kredit FB

Bahan-bahan:
  • Sotong saiz besar
  • Segenggam isi udang
  • Sebutir telur

Bahan sos:
  • 5 ulas cili kecil
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan kisar untuk inti:
  • 1 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 3 hirisan Halia

Cara buat inti:
  • Hancurkan isi udang dan gaul dengan telur dan bahan kisar

Cara sumbat:
  • Sumbat inti tadi dalam sotong
  • Ambil lidi atau apa saja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu

Cara masak sotong:
  • Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak hiris sedikit tapi buat jangan bagi terpisah

Cara buat sos:
  • Tumis semua bahan
  • Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar

Cara hidangan:
  • Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan siap untuk dimakan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments