Resepi Sop Ayam Kampung Menyihatkan



Sop Ayam memanglah enak jika dimakan diwaktu apa pun. Ia sungguh menyegarkan dan sihat. Ada juga sesetengah orang menikmatinya degan cecahan chilli kicap yang pedas sekali! Ada juga yang campurkan lauk ini dan dibanjirin dengan nasi panas. Best! Mari kita cuba resepi mudah ini, yuk!

Resepi enak dan mudah, Sop Ayam ini bolelah disajikan untuk santapan yang amat menyegarkan. Mari kita cuba resepi oleh Dapur Kampung ini pula.

"Assalamualaikum. Hari ini saya mau berbagi resep membuat  sop ayam kampung". - Chef.

Resepi Kredit DAPUR KAMPUNG

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam kampung potong 4
  • 7 buah kentang dipotong ikut suka
  • 2 buah carrots dipotong ikut suka
  • 1/2 sudu teh merica (bawang putih)
  • 2 cm jahe digeprek
  • sedikit kayu manis
  • 6 siung bawang putih dihiris
  • 8 siung bawang merah dihiris
  • garam gula secukupnya
  • 1 buah tomato dipotong
  • 1 kembang bawang,  daun bawang , seledri dihiris dan dipotong
  • minyak goreng secukupnya
  • air 2 litre

Cara-caranya:
    1. Didihkan air diperiuk sebanyak 2 litre. Masukan ayam yang telah dipotong tadi. 
    2. Masukkan jahe yang telah dititik dan kayu manis. Tutup dan masak sekurangnya 1/2 jam.
    3. Haluskan bawang putih bersama garam sehingga menjadi paste. Diuleg atau diblender. Ketepikan.
    4. Buka periuk rebusan dan pastikan ayamnya sudah empuk sedikit. Masukkan kentang dan carrots. Boleh juga tambahkan sayur seperti broccoli. Kacau dan biarkan ia masak seketika.
    5. Sementara menunggu kentangnya matang, panaskan minyak dikulai, masukkan bawang merah hiris dan goreng sehingga kuning keemassan. Angkat, tos minyaknya dan ketepikan.
    6. Masukkan bumbu yang halus kedalam minyak gorengan bawang tadi. Tumis sehingga wangi dan kuning.
    7. Apabila kentang dan carrot sudah empuk, masukkan tumisan bumbu yang ditumis tadi. Masukkan garam dan gula. Kacau dan rasa.
    8. Setelah dimatikan api, masukkan tomato hiris, daun bawang, seledri yang dipotong.
    9. Sajikan panas-panas.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments