Tips Resepi Ayam Masak Merah Sedap!



Memang tidak hairanlah kalau masakan Ayam Masak Merah ni ramai yang nak belajar memasak. Lauk ini selalaunya dimakan dengan nasi tomato, ada yang juga dihidangkan dengan nasi minyak dan juga di jemputan kawin dan sebagainya.

Mari kita cuba resepi yang kali ini pula. Nampak-nampak resepinya ini mesti sedap. Masakkan ini ada bermacam caranya. Yuk kita mulakan dengan bahannya.


Kredit Resepi - Dapur Biru

Bahan-bahan:
  • Ayam - dipotong kecil
digaul dengan kunyit dan garam
digoreng separuh masak
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1/2 biji bawang holand dipotong bulat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam

Bahan kisar:
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar
  2.  Masukkan serai, tumiskan hingga wangi
  3. Masukkan cili kering yang dikisar, tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga agak masak
  5. Masukkan gula dan garam. Kacau rata
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata dan biarkan ayam betul2 masak. Kemudian masukkan bawang holand yang dipotong bulat.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments