Resepi Kari Sotong Mamak Umph!



Nak cuba masak Kari Sotong Mamak Style tak? Kalau kita makan tengah hari Nasi Kandar di restaurant Mamak, kita mesti terpandang Kari Sotong yang menggoda. Itu diantara hidangan yang harus kita rebas selain daripada Kari ketam. Mari kita mulakan niat kita yang suci ini. Try resepi viral dari Youtube ini, In Sya Allah akan menjadi.

apabila memilah sotong, badan sotong sepatutnya berwarna putih dan terdapat sedikit bintik-bintik hitam. Warna sotong akan bertukar kepada warna unggu kemerahan jika ia dibiarkan terlalu lama

Bahan-bahan:
  • 6 Sotong saiz sederhana
  • 1 sudu makan Halba campur
  • 2 tangkai Daun kari
  • 3 Bawang merah yg dikisar
  • 2 sudu makan Rempah kari ikan
  • 1/2 sudu makan Serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukup rasa
  • 2 Asam Keping ataupun air asam jawa
  • Cili Hijau dam merah dihiris

Cara-caranya:
  1. Lepas sudah siang dan bilas sotong itu, panaskan kuali pan masak
  2. Masukkan minyak, halba campur, daun kari dan tumis sebentar
  3. Masukkan bawang besar yg sudah dikisar dan tumis lagi sampai naik bau dan hampir matang
  4. Masukkan Kari Ikan (boleh dicampur dengan air dahulu sehingga menjadi paste)
  5. Masukkan serbuk chili dan kacau. Kemudian tuang sedikit air dan tumis sehingga ia masak dan pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit garam dan perasa
  7. Masukkan asam keping (atau air asam jawa)
  8. Masukkan Sotong dan kacau rata sehingga Sotong diseliputi kari
  9. Masukkan chilli yg telah dihiris
  10. Sajikan dengan nasi putih ataupun roti prata
Tips: Elakkan masak Sotong terlalu lama kerana ia akan menjadi kenyal dan keras.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments