Resepi Ayam Black Pepper Mudah

Resepi Ayam Black Pepper Mudah
Anda sedang mencari resepi masakan Ayam Lada Hitam? Apa kata kita cuba resepi yang mudah dan ringkas ini. Ayam Black Pepper ataupun Ayam Lada Hitam sudah tentu akan mengumpan selera tekak anda. Yuk kita mencubanya hari ini.

Bahan-bahan:
  • 8 ketul kepak ayam dipotong 2 atau potongan dadu bahagian dada ayam
  • 6 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 sudu sos Black Pepper
  • 2 sudu besar oyster sos 
  • 4 sudu besar kicap manis ABC
  • Daun kari sedikit
  • ½ cawan air atau secukupnya
  • 1 sudu kecil tepung kentang atau jaggung - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Capsicum merah dan hijau dibuang biji dan potong dadu
  • Lobak merah dihiris
  • 1 Bawang Holand dipotong dadu
  • Minyak dan Planta secukupnya

Sos Perap Ayam:
  • 2 sudu besar kicap manis ABC
  • 2 sudu besar oyster sos 
  • 1 sudu kecil Black Pepper

Cara-caranya:
  1. Campur bahan sos perap ayam di mangkuk besar dan gaul ayam sehingga sama rata. Perap ayam sukurangnya setengah jam atau boleh juga diperap semalaman dalam peti ais.
  2. Apabila sudah tiba masanya untuk dimasak, anda boleh goreng atau panggang ayam sehingga masak. Kemudian angkat dan ketepikan
  3. Panaskan sedikit minyak dan planta dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan oyster sos, kicap manis dan air sedikit. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan hirisan lobak merah
  6. Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau supaya sosnya pekat.
  7. Kecilkan api.
  8. Masukkan ayam dan godak hingga rata.
  9. Masukkan capsicum dan bawang dadu. Kacau sebentar.
  10. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
  11. Sajikan dengan hidangan lain.

Senarai Resepi Maskan Ayam
    z35W7z4v9z8w
    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments