Resepi Ayam Goreng Belado



Nikmat betul rasanya Ayam Goreng Belado. Sedap dimakan dengan nasi putih, terus dengan sayur ulam memang enak dan lazat sekali. Masakan chilli belado ini ada berbagai caranya. Dari masakan Minang ke Padang, rasanya bergitu membuat kita ketaggihan.

masakan terasa terlebih masin? campak sedikit kentang sehingga kentang itu masak. nanti rasa masinnya akan berkurangan. cubalah..

Sedap pula dituangkan sos chillinya diatas daging deng-deng juga. Pendek kata, belado ini memang harus kita tahu memasaknya. Ia juga boleh disimpan dan boleh tahan lama. Kali ini, resepinya adalah dari Indonesia. Masakan rumah. Yes, itu yang membuatnya bergitu enak sebab bumbunya tidak lokek.


Kredit Resepi: Nikmatul Rosidah

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam dipotong 8 dan dicuci*
  • serbuk kunyit*
  • jus lemon*
  • garam secukupnya*
  • serbuk chicken stock*
Marinate bahan * dan biarkan ia sebati

Bumbunya:
  • 10-12 chilli merah dipotong kasar
  • 7 bawang merah kecil dibelah dua
  • 2 bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai dititik
  • 2 hiris besar halia
  • lengkuas sebesar ibu jari kaki
  • daun salam 3 helai
  • daun jeruk (optional)
  • 2 tomato dipotong dadu
  • 10 chilli padi
  • garam
  • gula

Cara-caranya:
    1. Panaskan minyak didalam kuali
    2. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih. Kacau sehingga ianya agak layu
    3. Masukkan halia yang dihiris dan biarkan sebentar
    4. Apabila sudah layu, angkat dan toskan minyaknya. Sesudah sejuk, kisar bahan ini didalam blender
    5. Masukkan pula chillinya tg dipotong tadi. Masukkan juga chilli padi dan tumis sehingga layu
    6. Angkat chilli dan haluskan didalam blender. Ketepikan
    7. Goreng semua ayam separuh masak, Angkat dan diketepikan seketika
    8. Panaskan minyak dikuali yg bersih untuk menumis bumbu pertama dan chilli kisar tadi sehingga naik bau
    9. Masukkan lengkuas. daun salam, serai, garam dan gula
    10. Tumis hingga tanak dan naik minyak
    11. Masukkan tomato yang dipotong dadu. Tuangkan sedikit air dan godak
    12. Perahkan sedikit jus lemon. Gaul
    13. Pukul ayamnya sedikit supaya lunak dan masukkan kedalam kuali
    14. Masak ayamnya sehingga matang. Tambah air sedikit jika kuahnya kekeringan
    15. Angkat dan sajikan

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments