
Resepi Ayam Goreng Korea yang ringkas dan mudah. Yuk kita cuba resepi mudah ala Korea pula. Rasanya agak enak, kemanisan, masam dan pedas. Makan yang boleh dihidangkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Bahan-bahan:
Bahan perap ayam:
- 16 ketul kepak ayam
- 1 sudu kecil garam
- Secubit lada hitam
- ½ cawan tepung jagung
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan sos pedas korea:
- 2 sudu besar bawang diparut
- 1 sudu besar bawang putih dicincang
- 1 sudu kecil halia diparut
- 1 sudu besar kicap
- 4 sudu besar cuka kurma
- 2-3 sudu besar sos pedas
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu bijan untuk hiasan
Cara-caranya:
- Campurkan kepak ayam dengan garam dan lada hitam terlebih dahulu. Perap selama 20-30 minit.
- Toskan air yang berlebihan dari ayam yang diperap. Gaul ayam dengan tepung jagung sehingga sebati.
- Panaskan minyak dikulai secukupnya. Masukkan ayam dan gorengkan ia sehingga warna keemasan dan masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali dengan api yang kecil. Tuangkan 1 sudu besar minyak masak. Masukkan bawang, bawang putih dan halia. Kacau selama 1 minit sehingga naik bau. Tambah semua bahan sos yang lain dan kacau rata. Masak hingga pekat kira-kira 4-5 minit. Matikan api.
- Masukkan ayam dan gaul sehingga rata, pastikan semua disalut dengan sos pedas. Taburkan bijan keatasnya untuk hiasan.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!