Resepi Ayam Halia Special

Resepi Ayam Halia Special
Anda sedang mencari resepi ayam yang mudah dan sedap? Memang tepat sekali pencarian anda. Mari cuba resepi Ayam Halia yang istimewa ini. Tentu sekali rasanya anda ingin memasak hidangan ringkas dan senang diterima penggemar Ayam. Yuk kita teruskan resepinya.

Kredit Resepi Respi Ayam

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

Bahan-bahan:
  • ½ kilo ayam, dipotong kecil
  • 4 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris panjang 2cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak secukupnya, untuk menggoreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran ½ senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments