
Ayam Kam Heong ini seakan-akan masakan Ayam masak Kicap. Dengan sosnya yang hitam serta rasa kepedasan yang membuat anda menitiskan peluh. Memang lazat walaupun cara memasaknya agak mudah.
Tak payahlah susah-susah sangat nak masak waktu perut dah lapar. Cari jer resepi masakan Cina yang mudah. Mari kita cuba resepi viral daripada FB ini.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong 18.
- 2 ulas bawang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi potong kasar).
- 4 ulas bawang putih (ketuk).
- 6 cili merah (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
- 7 cili padi (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
- 20 helai daun kari.
- 2 sudu besar sos cili.
- 2 sudu besar sos tomato.
- 2 sudu besar sos tiram.
- 2 sudu besar kicap lemak manis.
- 3 or 4 sudu besar serbuk kari.
- Minyak
- Garam secukup rasa
Cara-caranya:
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan lada hitam.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
- Bancuh serbuk kari dengan sedikit air supaya menjadi paste.
- Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar bawang putih hingga naik wangi.
- Masukkan bancuhan kari tadi dan daun kari. Masak sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan sos dan kicap. Kacau sebati hungga agak pekat.
- Masukkan ayam goreng serta hirisan chili.
- Kacau ayam rata. Boleh masukkan air jika hendak masakan berkuah sedikit.
- Siap dihidang panas-panas.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!