Resepi Ayam Madu X-Tra Mudah

Resepi Ayam Madu X-Tra Mudah
Sedang teringin nak makan ayam goreng madu? Jom kita mulakan resepinya disini. Paling ringkas dan mudah. Bolehlah kalau nak buat BBQ juga. Ayam yang dihidangkan bergini selalunya laku. Kanak-kanak mesti suka.

Nak gunakan bahagian kepak pun boleh juga. Lagi ringkas. Nanti kalau ayamnya sudah masak, ia akan kelihatan kilat disebabkan madunya sendiri, sungguh menyelerakan.

Kredit Resepi Puncak Mutiara Cafe

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • kicap manis
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu teh bijan

Bahan kisar:
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • garam secukupnya

Cara-caranya:
  1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis, madu dan sedikit garam selama 1 jam atau semalaman.
  2. Goreng atau bbq sehingga ayam masak dan keperangan.
  3. Toskan. Gaulkan ayam sekali lagi bersama madu. Renjiskan dengan biji bijan dan sajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous15:29

    Kalau xletak biji bijan xpe ke?

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!