Resepi Ayam Masak Butter Guarantee Sedap


Anda sedang masih lagi berfikir lagi nak buat apa dengan ayam tu? Yuk kita siapkan Ayam Butter daripada Youtube. Resepi kita hari ini telah dipilih daripada Chef popular iaitu Che Nom. Boleh dikatakan masakan ini akan membuat anda menkilat jari! Fuuuh...what a statement. Lets go!

Dipetik dari Youtube:
Resepi sedap yang pantas disediakan iaitu Ayam Masak Butter. Ciri-ciri Ayam Masak Butter yang sedap ialah, kuahnya haruslah berlemak, masin dan pedas secukup rasa.

Diseimbangkan pula dengan salutan ayam berempah yang digoreng garing diluar dan masih lembab serta lembut di dalamnya. Kita masukkan juga daun kari untuk membangkitkan aroma hidangan ni.

Kredit Resepi Che Nom

Bahan untuk ayam goreng:
  • 3 sudu besar tepung gandun*
  • 1 sudu kecil tepung jagung*
  • 1 sudu kecil serbuk kari*
  • Sedikit lada sulah*
  • Sedikit lada hitam*
  • 1 biji telur
  • Secubit garam*
  • sedikit air*
  • 2 keping dada ayam, hiris kecil

Bahan untuk Sos butter:
  • 4 sudu besar mentega/butter
  • ½ biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang kasar
  • 4 biji cili api merah dan hijau dihiris tipis
  • daun kari
  • 1 tin/400ml susu cair
  • 1 keping cheese cheddar
  • Sedikit garam

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan* untuk goreng ayam kedalam mangkuk dan kacau sehingga rata. Masukkan sedikit air supaya dapat kepekatan yang sesuai.
  2. Setelah adunan tepung sudah sedia, masukkan potongan ayam dan gaul sebati. Perap ayam sebentar.
  3. Panaskan minyak dikuali dan masukkan ayam yang diperap tadi sedikit demi sedikit supaya ayam tidak melekat dan berkumpul. Goreng dengan api yang kuat sehingga ayam garing dan warna keemassan. Angkat dan toskan diatas paper towel.
  4. Dalam minyak yang sama, goreng sedikit daun kari sebagai taburan nanti. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
  5. Panaskan saucepan dengan api yang kecil, masukkan sedikit minyak zaiton (supaya butter tidak hangus), kemudian masukkan 5 kiub atau 4 sudu besar butter (salted or unsalted - ambil prihatin bila tambah garam nanti). Masukkan bawang besar hiris dahulu dan masak sehingga layu. 
  6. Kemudian masukkan bawang putih, kacau sebentar.
  7. Seterusnya, masukkan pula hirisan chilli padi. Kacau lagi dan masukkan 1 tangkai daun kari, kacau seketika sehingga naik bau.
  8. Tuang 1 tin susu cair (atau susu full cream) dan 1-2 keping susu cedar untuk memberikan rasa lemak masin kepada sosnya nanti.
  9. Masukkan sedikit garam dan kacau seketika. Masukkan ayam hanya apabila hendak dihidang nanti sebab sosnya akan kering apabila ia menjadi sejuk.
  10. Sajikan dengan nasi panas.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments