Resepi Ayam Masak Ringkas

Resepi Ayam Masak Ringkas

Teringin nak masak Ayam berlauk yang ringkas dan mudah? Rasanya pula manis, pedas dan berkuah. Apa tunggu lagi, yuk kita masak Ayam Kicap. Ini adalah hidangan yang senang dan boleh diterima ramai. Mari kita teruskan dengan resepinya.

Kredit Resepi: Amna Safia‎

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor Ayam dopotong dan digoreng dahulu
  • 1 biji Bawang besar merah ditumbuk kasar
  • 7 ulas Bawang putih ditumbuk kasar
  • Kicap lemak manis
  • Sos tomato/chilli
  • 1 senduk Cili kering kisar 
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Air sedikit
  • Chilli padi dibelah tengah 
  • 1 Bawang dihiris bulat

Cara-caranya:
  1. Tumis bahan tumbuk sampai layu. Apabila suah layu, masukkn cili kering kisar tadi dan biarkan ia masak sampai cilinya garing.
  2. Kemudian masukkn kicap manis & sos toato/chilli sedikit. Kacau & biar masak.
  3. Masukkan air sedikit supaya lauknya ia berkuah. Kacau lagi dan masukkan garam & gula secukup rasa.
  4. Apabila rasa dah sedap masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan kacau lagi supaya ayam mesra dengan kuah kicap. 
  5. Kecilkan api dan masukkan bawang & chilli padi. Biarkan ia masak sekurangnya 5 minit dan tutup api. Sajikan dengan nasi panas.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments