Resepi Ayam Masak Tomato Facebook

Resepi Ayam Masak Tomato

Kalau anda sedang cari resepi yang agak seiring apabila dihidangkan dengan Nasi Minyak, memang kenalah tempatnya. Resepi kali ini iaitu Ayam Masak Tomato didapati daripada Facebook user #amirahinthekitchen. Masaknnya hampir serupa seperti Ayam Masak Merah. Bolehlah masak hidangan ini untuk kenduri ataupun birthday. Selamat mencuba.

Kredit Resepi #amirahinthekitchen / The Makan

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar dibelah 6*goreng
  • 1 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1/2 inci halia,
  • 10 tangkai cili kering yang direbus dulu dikisar
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato & 2 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • Daun sup di racik
  • Garam, gula & perasa

Cara-caranya:
  1. Goreng ayam (muda-separuh garing).angkat, tos & asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.
  2. Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.
  4. Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng td. Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.
  5. Siap dan hidangkan bersama nasi.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments