Resepi Ayam Masam Manis


Ayam masam manis selalunya dihidangkan di restoran seafood. Ia ialah diantara makanan Cina dan Barat. Rasanya dengan kemanisan dan masam memang lazat terutama apabila sos yang dicampur itu sedap dan tidak terlalu manis. Sos sweet and sour ini memang ada dijual juga dibotol dan ia sudah siap untuk digubakan untuk tahu, daging ayam ataupun ikan.

Goreng ayam tadi kembali kedua kali kedalam kuali minyak supaya ia cukup ranggup

Hari ini kita akan cuba resepi yang mudah dan ringkas. Kalau nak cepat masak dan tidak mahu banyak remeh, mari cuba resepi masakan ini pula. Selamat mencuba.

Kredit resepi Netta’s Kitchen

Bahan-bahan Kiub Ayam:
  • Dada ayam secukupnya dipotong dadu kiub
  • 1/4 tepung gandum*
  • 1/4 tepung jagung*
  • 1 sudu makan baking powder*
  • 1 sudu makan serbuk lada putih*
  • 1 sudu makan serbuk seasoning ayam*
  • garam secukupnya*
  • 1/4 air

Bahan-bahan Sos:
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bell pepper merah dan hijau, dibuang biji dan dipotong dadu
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos chilli
  • 1 tomato dipotong dadu
  • sedikit nenas dipotong kiub
  • 1/2 sudu makan serbuk seasoning ayam
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • 1 bawang besar dipotong dadu
  • 1/4 air

Cara-caranya:
  1. Masukkan dan gaul sebati semua bahan * kedalam mangkuk sederhana
  2. Masukkan potongan dada ayam kedalam campuran tepung tadi dan gaul hingga rata
  3. Masukkan 1/4 air dan kacau hingga rata
  4. Biarkan campuran itu dan peram selama 20 minit
  5. Panaskan minyak yang banyak dikuali dan goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga masak dan garing
  6. Angkat ayam seketika dan toskan minyak
  7. Goreng ayam tadi kembali kedua kali kedalam kuali minyak supaya ia cukup ranggup Diketepikan dan toskan minyak
  8. Panaskan sedikit minyak didalam kuali yang bersih, dengan api yang sederhana, masukkan bawang putih cincang dan bell pepper, dikacau seketika
  9. Masukkan sos tomato dan sos chilli. Gaul rata, masukkan tomato dadu, nenas, serbuk sesoning ayam, gula dan air sedikit, gaul rata
  10. Masukkan potongan bawang dan garam secukup rasa
  11. Masukkan ayam gorang tadi dan gaul sehingga sebati
  12. Sajikan panas-panas dengan masakan lain

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments