Resepi Ayam Padprik Kesukaan Ramai

Resepi Ayam Padprik
Cari resepi Ayam Padprik ke? Ok, ni dia resepinya. Yuk kita mulakan dengan senarai bahan-bahannya disini. Kalau sudah siap tu, tuangkan disebelah nasi putih panas. Kena pulak dengan Milo Dinasour atau Teh O Limau Ais. Wow, so typical anak Malaysia dan Singapura. Selamat Mencuba.

Gambar Hiasan Resepi Cikgu Ani
Kredit Resepi Nasi & Lauk Pauk

Bahan-bahan:
  • 300g ayam campuran bahagian isi dan tulang
  • minyak masak secukupnya
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 biji bawang putih diketuk
  • 1cm halia dihiris nipis
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil pes tomyam
  • 1 helai daun limau purut dititik
  • 1 batang serai dititik
  • 5 biji cili api dititik
  • 1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
  • sedikit air
  • sedikit sos ikan (optional)
  • sayur (bunga kobis, kacang panjang, hirisan karot, jagung kecil tin dan capsicum hijau)

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dalam saucepan, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments