Resepi Ayam Pandan Thai Mudah & Sedap


Sebutlah pasal Ayam Pandan Thai nescaya ramai orang yang sudah tahu. Apakan tidak, rasanya yang cukup sedap dengan keharuman bau pandan diayam setelah digoreng. Bau pandan memang kena dengan makanan orang Asia Tenggara. Selain daripada kek dan minuman, daun pandan banyak juga digunnakan dalam masakan dan ubatan.

Resepi kali ini sangatlah lain daripada lain. Ia perlu kesabaran dab dedikasi. Potongan ayamnya harus dibalut dengan daun pandannya mengikuti tradisi masakan orang Thai. Yuk kita mulakan.

Bahan-bahan:
  • 400g Ayam dipotong fillet
  • 1 sudu makan akar daun ketumbar dicuci dan dihiris
  • 2 sudu makan bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan kicap cair masin
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • gula secukupnya
  • garam secukupnya
  • Daun Pandan yang sudah dibersih

Cara-caranya:
  1. Masukkan potongan ayam, bawang putih, kicap ikan, kicap cair masin, sos tiram, minyak bijan, gula, garam dan hirisan akar ketumbar kedalam mangkuk
  2. Gaul campuran sehingga sebati. Biarkan ia sebati sekurangnya sehingga 15-30 minit atau lebih
  3. Siapkan daun pandan. Mulakan daun pandan sehelai, simpulkan daun pandan dahulu, kemudian masukkan sekeping ayam dicelah daun tersebut, simpul dan lipat ayam itu. Potong daun yang kelebihan
  4. Balutkan ayam seterusnya sehingga selasai
  5. Kukus ayam pandan selama 10-15 minit didalam tempat kukusan yang sudah panas
  6. Angkat ayam pandan yang sudah siap dikukus tadi dan ketepikan sementara untuk ia sejuk
  7. Selanjutnya. panaskan minyak dikulai dan goreng ayam pandan sedikit demi sedikit sehingga masak
  8. Angkat dan hidangkan ayam pandan dengan sos chilli Thai

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments