Resepi Ayam Popcorn Mudah & Ranggup


Resepi yang sangat ringakas dan mudah diikuti iaitu kesukaan ramai. Popcorn Chicken adalah kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa. Makanan ini sedap kalau dicecah dengan keju. Rasa ranggupnya dan pecahan jus ayam didalam mulut membuat perasa susah hendak berhenti memakannya. Yum..yum..


Mari kita ikuti Resepi Ayam Popcorn daripada Youtube berikut. Cuma gunakan dada ayam dan bahan-bahan yang lain. Boleh juga menggunakan daging ayam bahagian peha untuk rasa kenyal-kenyal apabila mengunyahnya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
  • 2-3 dada ayam dipotong dadu dan diketepikan
  • 2 butir telur dikacau dalam mangkuk sederhana
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar serbuk paprika*
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih*
  • 1 sudu teh pecahan lada hitam*
  • garam secukup rasa*

Cara-caranya:
  1. Campur semua bahan * kedalam mangkuk dan gaul dengan sudu ataupun sendok sehingga campuran tepung rata
  2. Dengan munggunakan chopstick atau penyepit, cecah dada ayam sedikit demi sedikit kedalam mangkuk telur. Seterusnya angkat dan masukkannya kedalam campuran tepung tadi, gaul rata supaya dadu ayam diseliputi campuran tepung dan siap untuk menggorengnya.
  3. Panaskan minyak secukupnya didalam kuali. Masukkan ayam tepung tadi dan goreng sehingga ia matang dan berwarna keemassan.
  4. Angkat, tapis minyak dan hidangkan dengan sos keju ataupun sos chilli.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments