Resepi Ayam Rendang Kelantan

Resepi Ayam Rendang Kelantan
Kalu cakap pasal Rendang, memang ramai yang menggemarinya. Masakan rendang ini dipercayai bermula daripada Indonesia. Cara masakan rendang memang berbagai resepi dan adapnya. Hidangan ini popular dikalangan Kaum Masakan Melayu terutama apabila Hari Raya menjelma.

Mari kita cuba masakan Ayam Rendang Kelantan kali ini. Sedap kalau dimakan dengan ketupat dan lauk-lauk berkuag yang lain ataupun makan kering sahaja dengan serunding. Pergi maha pergi sama seperti Rendang Johor.

Kredit Gambar Nestle

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam , dipotong, bersihkan dan toskan.
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 batang serai dititik
  • 2 cawan pati santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit dimayang halus
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Bahan kisar:
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia
  • ½ inci  kunyit hidup
  • 13 tangkai cili merah

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai titik dan bahan kisar.
  2. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
  4. Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
  6. Bila rendang kering, masukkan hirisan halus daun kunyit.
  7. Gaul rata dan masak sekejap.
  8. Matikan api dan hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments