Resepi BBQ Kambing Viral

Resepi BBQ Lamb

Kambing diperap

Potongan Kepingan Kambing

BBQ Sos

Kambing Resepi BBQ

Cari resepi BBQ ke? Apa kata kita try resepi BBQ lamb (Kambing) pulak. Senang aje, campur semua bahannya dan gaul rata. Simpan kajap dalam peti sejuk sebentar biar ia sebati dan meresap.

Makanan mentah jangan lupa sebelum dipanggang haruslah ditutup dengan penutup. Nanti lalat dan kerengga masuk pulak dalam tong lamb tu..hehe. Permulaan BBQ seharunya diwaktu dilakukan petang biar tak panas matahari yang memancar. Kalau panggang tu jangan lah terlalu lama sangat. Nanti takut jusnya tak ada.

Bara api haruslah sederhana. Baru kick. Makanan sebergini elok dihidangkan di chalet, ditepi pantai ataupun dirumah. Makan pula nak kena panas-panas ni. Yuk kita tinjau resepinya.


Bahan-bahan:
  • 12 slice daging kambing (lamb), katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.

Bahan Perapan:
  • 5-6 sudu besar Lada hitam
  • ½ cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
  • ½ cawan Sos Cili
  • ½ cawan Sos tomato
  • ½ cawan sos BBQ Lea Perrins
  • Gula
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
  2. Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.
  3. Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
  4. Panggang menggunakan arang.

Nota:
  • Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat.
Kredit: Dr. G, Delihayat Kitchen

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments