
Mari kita cuba resepi yang special pulak kali ini. Iaitu Bergedil Daging. Kepada peminat masak tu disana, yuk kita mulakan membuat bergedil daging hari ini sebagai menu istimewa. Boleh juga dihidangkan dengan lodeh lontong, hidangan lauk lain atau ratah bergitu sahaja.
Kredit Resepi Nasi & Lauk Pauk
Bahan-bahannya:
- 500g kentang (direbus dan dihancurkan)
- 200g daging kisar
- 2 biji telur (dipukul)
- ½ cawan bawang goreng
- 2 tangkai daun sup (dimayang halus)
- 2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Secubit bahan perasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara:
- Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati kecuali telur dan minyak.
- Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
- Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.
- Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak.
- Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
- Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air, makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!